Friday 13 July 2012

Andai Cinta Kamu Tak Berbalas .....



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



* Awas , usah terlalu menyayangi . kelak anda tidak berpijak di bumi nyata . Ramai orang terbabas daripada pemikiran sebenar apabila terlalu mencintai . Andainya insan yang dicintai itu tidak seperti apa yang anda rasai , anda sebenarnya sedang meracuni diri sendiri dengan imaginasi dan pemikiran yang molok-molok .




Disini aku nak story apa yang pernah aku rasa dan alami mende nih " Andai Cinta Kamu Tak Berbalas " Dari segi pemikiran seseorang apabila cinta diorang tak berbalas , mungkin mereka akan merasa kecewa , sedih apabila pasangan anda buat macam uh ... tetapi korunk mesti fikir jugak situasi mereka ! Hidup ini banyak cabaran dan dugaan ~ Kalau pasangan itu tidak memahami antara satu sama lain , beginilah jadinya ~ hmm
Apabila anda terlalu menyayangi ia boleh menimbulkan kebosanan orang yang dicintai jika anda terlebih-lebih meluahkan perasaan . Setiap SMS minta dibalas , setiap panggilan telefon minta dijawab , adalah antara misal-misalnya .
Memanglah anda akan rasa seperti  " Hendak Mati " tatkala dia menyepi , tetapi ingat-ingatlah juga kesibukan orang dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ini .
Dalam situasi aku lah kan , selalu aku istilahkan keadaan ini sebagai " Hendak Bernafas Pun Tidak Sempat " untuk membuktikan betapa sibuknya hari itu .
Pada orang yang terlalu mencintai pula seperti " Tiada Dapat Hendak Bernafas " , maka kerana itulah dia sibuk mencari-cari nafas daripada orang yang dicintainya itu . Ini perbuatan yang amat silap ! Kadang-kadang ia akan mendatangkan kebosanan . Setakat bosan barangkali boleh diterima tetapi kalau sudah datang benci dan menyampah , bagaimanapun anda merayu dia mungkin tetap dengan keputusan meninggalkan anda ~
Pasal itulah , memang ada istilah , tatkala sedang bercinta seseorang itu " Sesetengah Gila " . Mana tidak gilanya kalau yang diburu adalah orang yang dicintai sedangkan orang yang dicintai itu semakin berasa derita akibat cinta yang diberi . Ia bukan semakin menebalkan kasih sayang tetapi menyampah dan sakit hati !!


Oleh itu , anda seharusnya berdoa kepada Allah untuk memberikan anda hati yang tenteram tatkala datang perasaan-perasaan begini . Bagaimana supaya doa anda didengari Allah dan dikabulkan ?
Pertama sekali , berdoalah " Andainya dia terbaik buatku untuk duniaku dan akhiratku , maka mudahkanlah jodoh kami ya Ilahi , tetapi andainya dia tidak baik untukku demi duniaku dan akhiratku  , pisahkanlah kami dan berikanlah aku insan yang lebih baik daripadanya "


            SEKIAN TERIMA KASIH (◠‿◠)








1 comment: