Wednesday 6 June 2012

Tolong Beritahu Jodohku .......


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Tolong beritahu jodohku , aku ada pesanan untuknya ...

Tolong beritahu jodohku , cinta agung lagi suci adalah cinta dari-Nya ...

Tolong beritahu jodohku , cinta pada manusia boleh buatnya lupa ...

Tolong nasihatkan jodohku , jangan mencintaiku lebih dari yang maha esa ...

Tolong nasihatkan jodohku , jangan merinduiku lebih dari maha pencipta ...

Tolong nasihatkan jodohku , jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya ...



Tolong katakan pada jodohku , dahulukan allah kerana di situ ada syurga ...



Tolong katakan pada jodohku , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya ...


Tolong katakan pada jodohku , dahulukan yang wajib , kerana itu jalan hendak ke syurga ...

Tolong ingatkan pada jodohku , aku terpikat kerana imamnya bukan paras rupa ...

Tolong ingatkan pada jodohku , aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya ...

Tolong ingatkan pada jodohku , aku menyayanginya kerana budi bahasanya ...

Tolong tegurkan jodohku , bila beliau mula mengagungkan cinta manusia ...

Tolong tegurkan jodohku , bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya ...

Tolong tegurkan jodohku , andai nafsu mula mengawal fikirannya ...

Tolong sedarkan jodohku , aku milik maha pencipta ...

Tolong sedarkan jodohku , aku masih milik keluarga ...

Tolong sedarkan jodohku , tanggunjawabnya besar pada keluarga ...

Tolong sabarkan jodohku , usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai ...

Tolong sabarkan jodohku , usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai ...

Tolong sabarkan jodohku , usah bimbang tentang jarak antara kita ...

Tolong pesan pada jodohku , aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya ...

Tolong pesan pada jodohku , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya ...

Tolong pesan pada jodohku , biarlah maha pencipta menjaga dirinya ...

Tolong khabarkan pada jodohku , aku tidak mahu membuat dia terleka ...

Tolong khabarkan pada jodohku , aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya ...

Tolong khabarkan pada jodohku , aku mahu dia jadi menjadi penyokong kejayaanku ...

Tolong sampaikan pada jodohku , aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya ...

Tolong sampaikan pada jodohku , mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya ....

Tolong sampaikan pada jodohku , hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi dengan yang maha kuasa ...

Tolong sampaikan pada jodohku , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri .


# Siapakah jodohku ? Di manakah dia berada ? hanya Allah yang tahu . hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku ... sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengatahui siapa jodohku . insyallah jodohku , satu hari nanti dengan izin Allah , kita pasti akan bertemu jua ..

> Jodohku , tak terasa penatku menaip keyboard ini , memang benar inilah tanda kerinduanku kepadamu ...

Ingatlah sayang ...

aku selalu ada untukmu ...

untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi ... :)


                                                 Salam Sayang :


                                ZURIN ZAINI , KUANTAN PAHANG :) 




No comments:

Post a Comment